Saturday, February 4, 2012

Maulidur Rasul @ Ehsan Islamic Preschool

Mesti sukar kan nak terangkan pada anak-anak kita apa tu Maulidur Rasul =)
Anak-anak murid saya sering bertanya, apa tu Maulidur Rasul? Rasulullah hidup balik ker? dan macam-macam lagi...
Anak-anak kecil nie hebat...pemikiran mereka menjangkau luas dan sifat ingin tahu mereka tinggi =)
Jadi saya ada tips untuk parents yang nak terangkan pada anak-anak apa tu Maulidur Rasul.

Bila anak-anak keep asking saya tentang Mauliudur Rasul, saya tanya pada anak-anak ;
Teacher Ma : Siapa ada atu, ada nenek,  angkat tangan?
Semua angkat tangan
Teacher Ma : Tapi siapa yang atuk, nenek dia dah meninggal, dah tak ada,?
beberapa pelajar angkat tangan
Teacher Ma : Hanif, atuk hanif dah tak ada, tapi hanif sayang lagi tak atuk?
Hanif angguk berkali-kali!
Teacher Ma : Bila mama kita pergi work, tak ada kat depan kita. Tapi kita rasa sayang tak kat mama kita?
Semua angguk bersungguh!
Teacher Ma : Macam tu juga dengan Rasulullah saw, Rasulullah saw dah meninggal dunia, dah tak ada. Tapi kita masih sayang pada Rasulullah saw lagi =) Sebab tu lah kita nak sambut Happy Birthday Rasulullah =)

Lots of activities yang kami rangka di Ehsan Islamic Preschool untuk memperkenalkan Rasulullah saw dan menambahkan kecintaan kepada beliau. Kami ada perarakkan, Story Telling, Movie Time dan Pertandingan Mewarna =)








Seronok sangat nak berkongsi dan banyak lagi gambar nak di upload. iAllah saya akan upload sepastas kilat yang mungkin =) dan yang menariknya beberapa video telah kami ambil, tapi kami simpan untuk Hari Penyampaian Hadiah @ Hari Ihtifal nanti. Kalau nak gelagat anak-anak kita di Ehsan, kita jumpa di Hari Ihtifal nanti =)

Kami sentiasa terbuka hati mengharapkan maklum balas dan komentar dari Tuan/Puan, please feel free to contact us at our office number 03-42529253 or our official handphone number 013-3002049.
Email saya cuba sediakan secepat mungkin =)

TQ,
Teacher Mar



Friday, January 27, 2012

Sambutan Hari Lahir @ EhsanIslamic Preschool

Siapa kata Sambutan Hari Lahir tak memberi impak kepada pembelajaran anak?

Hari ini pelajar kelas Luqman Kids pelajar 6 tahun pagi bertungkus lumus menjayakan Birthday Party untuk princess kita Syarifah Yasmeen. Semuanya dilakukan oleh para pelajar sendiri dari menyusun pinggan, hadiah, menghias kelas dan mengemas kelas.

Semua semangat sangat, apabila menerima arahan dan melakukan amanah sesempurna mungkin.

Mengira sambil menyusun hadiah, menghias kelas dengan warna belon yg ditetapkan, malah pelbagai nilai murni yang boleh di terapkan seperti semangat kerjasama, membahagiakan org lain dgn membuat parti dan banyak lagi. Pembelajaran menjadi lebih menarik lagi!

mengagih-agihkan hadiah dengan sahabat dari kelas yang berlainan


Pelajar muslimin menikmati kek sampai terlupa hadiah kat depan mata 




Story Telling sebelum memulakan Birthday Party



Princess of the day Syarifah Yasmeen


Pinggan & hadiah yang di susun atur oleh para pelajar sendiri

Pelajar muslimat tak dapat ikut aktiviti persiapan Birthday Party, sbb kene siapkan homework dulu ^^

Ikhwan bertanggungjawab menghias belon di dalam kelas

Fawwaz dan Ammar bertanggungjawab menyusun pinggan 

Faris bertanggungjawab menyusun hadiah

Sangat seronok merancang aktiviti Birthday Party bersama anak-anak, ianya adalah sessi pembelajaran yang menyeronokkan =)

27 Jan 2012
Teacher Mar